Bersahabat

Assalamualaikum


Bersahabat atau berkawan amat penting ketika kita merantau dan menuntut ilmu. Sebab itu pepatah arab menyatakan "Pilihlah rakan sebelum bermusafir dan jiran sebelum adanya rumah".

Abu al-Hasan al-Syazili berkata :
Maksudnya : "Jangan kamu bersahabat dengan orang yang mengutamakan dirinya daripada dirimu, maka sesungguhnya tabiatnya jahat. Dan jangan bersahabat dengan orang yang mengutamakan diri kamu daripada dirinya, maka ia sesungguhnya jarang yang kekal. Dan bersahabatlah dengan orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah SWT. Maka Allah SWT mengkayakannya dengan dia apabila bersama, dan Dia menggantikannya apabila tiada. Mengingati-Nya merupakan cahaya hati dan penyaksian-Nya merupakan kunci-kunci segala ghaib".

Sayidina Ali RA berkata :
Maksudnya : "Sejahat-jahat sahabat ialah orang yang berkehendakkan kamu kepada penipuan dan mendatangkan kesusahan kepadamu".

Sebahagian ulama tasawuf menasihati murid mereka dengan syair : Kepada hatimu yang akan menjadi keras dan semakin jauh dari-Ku.
Anakku, jauhilah setiap pelaku bid`ah,
Jangan bersahabat dengan siapa yang mempunyai sifat itu,
Nescaya sifat kamu akan menjadi seperti mencuri sifatnya,
Sedangkan dengan demikian tanpa kamu sedari.

Imam al-Ghazali menaqalkan syair gurunya:
Redhalah engkau dengan Allah sebagai sahabat,
Dan tinggallah manusia disekelilingmu,
Zahirkan kebenaran dalam mencintai Allah,
Sama ada kamu bersama mereka atau berjauhan,
Telitilah manusia berulang kali jika mahu,
Nescaya kamu dapati mereka seperti kala jengking.

Ukhuwah dalam kalangan ahli tasawuf mempunyai beberapa adab yang perlu diambil perhatian dan dijaga dengan baik. Antara sifat yang penting ialah ikhlas, saling nasihat menasihati dan mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri.

Binalah persahabatan yang baik dan sebarkanlah sesama sendiri. Jangan cari musuh dan carilah sahabat seberapa banyak yang boleh membantu akhiratmu.

Mutiara kata :
"Percayalah pada diri sendiri dan janganlah bergantung kepada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tanggungan mereka dan bahawa Allah SWT yang bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya"

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget