Kepentingan Ilmu

Assalamualaikum


Ilmu sangat penting dalam melayari kehidupan, sama ada ilmu berkaitan al-Quran, hadis atau realiti sebenarnya. Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan mempunyai kepentingan yang tersendiri kerana:

  • Ilmu adalah warisan para Nabi AS sedangkan harta adalah warisan Firaun dan Qarun.
  • Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu menjaga manusia sedangkan harta dijaga oleh manusia.
  • Orang yang berilmu mempunyai ramai kawan sedangkan banyak harta banyak pula musuhnya.
  • Ilmu jika diberikan akan bertambah, manakala harta pula jika diberikan akan berkurang.
  • Ilmu tidak boleh dicuri, sedangkan harta boleh hilang dan lenyap.
  • Harta boleh habis sebelum pemiliknya mati, sedangkan ilmu habis dengan kematian pemiliknya.
  • Ilmu tidak dapat dihitungkan, sedangkan harta dapat diketahui jumlahnya.


Allah Taala akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu  sebagaimana firman-Nya:

Maksudnya: “Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Ilmu-Nya tentang apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Mujadalah: 11)

Mutiara Kata:
Bawalah selalu catatan kecil di dalam poket saku anda untuk mengatur pekerjaan dan waktu, mengingatkan anda akan janji-janji yang anda buat, dan untuk mencatatkan hal-hal yang penting menurut anda.

Kritikan orang lain terhadap dirimu memberi makna bahawa kamu telah melakukan sesuatu yang wajar untuk dikatakan. Begitu juga kamu mampu melampaui mereka dalam ilmu pengetahuan, kefahaman, harta, kedudukan dan kehormatan.

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget