Lawak - Jaket Terbalik

Pada suatu malam, seorang lelaki bernama Abu hendak ke kedai membeli makanan, dia pun menyarung jaket dan menaiki motor. Abu membawa motor terlalu laju tanpa memakai helmet, sampai di satu selekoh tajam, motornya terbabas dan terjatuh di tepi jalan. Abu telah tercampak dan terus pengsan.

Lalu seorang pakcik, dia terkejut melihat Abu jatuh dari motor dan tergolek, dia rasa perut Abu masih turun naik, tanda masih hidup. Sedang dia hendak mengangkat badan Abu, dia terkejut kerana dia dapati kepala Abu berpusing 180 darjah iaitu kepala berpusing ke belakang.

Pakcik itu memulas semula kepala Abu ke depan dengan sekuat-kuat hati. Akhirnya berjaya. Kepala Abu berjaya dipulas ke depan. Ketika itu, dia lihat Abu sudah tidak bernafas lagi. 

Rupa-rupanya, kepala Abu tidak terpusing ketika dia accident tadi tetapi Abu telah memakai jaket terbalik yang belakang ke depan, sebagaimana kebanyakan penunggang motosikal pakai. Berdasarkan jaket itulah pakcik itu sangka kepala Abu terpusing dan dia menyentap semula ke depan, padahal dia menyentap ke belakang.

Tak pasal-pasal Abu mati semata-mata kerana jaket terbalik punya pasal....

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget