Lawak - Nenek


Karim mahu menghantar neneknya menziarahi saudara yang sakit disebuah taman yang berdekatan, dengan menaiki motor.

Karim : Jom lah nek, kita naik motor, tapi nenek pegang kuat-kuat ya!.. nanti jatuh!
Nenek : Iye lah! Aku pegang kuat-kuat ni haa...

Karim : Pegang kuat-kuat ye nek..
(Karim mengingatkan neneknya sekali lagi)

Nenek : Yaaa lah! aku tahu lah, aku dah pegang kuat-kuat ni. Kau janganlah takut, Karim.

Karim : Ok, sekarang kita bertolak ye.

Karim pun memulas motornya, sebaik motornya bergerak kehadapan, dia terdengar bunyi, Gedebuk!
Terperanjatlah si Karim, serta merta dia menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya dia apabila melihat neneknya tergolek di atas tanah.

Karim : Macam mana nenek boleh jatuh?? kan saya dah suruh pegang kuat-kuat.
Nenek : (dengan nada yang tinggi) Aku dah pegang kuat-kuat tadi, langsung tak lepas.

Karim : Nenek pegang kat mana??
Nenek : Aku pegang pagar rumah..  (-,-)

** lain kali kalau bagitau orang veteran, kena la jelas skit!!

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget