Sifat-sifat Mahmudah

Assalamualaikum

Sifat-sifat mahmudah ialah sifat-sifat tang terpuji dan baik. Dengan adanya sifat-sifat ini dalam diri, seseorang itu akan menjadi hamba Allah SWT yang soleh dan disukai oleh semua orang termasuk rakan taulan, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat. Antara sifat-sifat mahmudah ialah : 

  • ikhlas dan baik hati
  • tawadhu' dan wara'
  • jujur dan benar
  • bersifat amanah
  • suka menolong rakan taulan dan guru-guru
  • menghormati guru
  • rajin dan berusaha dengan bersungguh-sungguh
  • tekun tanpa putus asa dan lemah semangat
  • menghormati ibu bapa
  • mengasihi rakan taulan
  • berlumba-lumba dalam kebaikan
  • berada di saf yang pertama untuk solat
  • qiamullail dengan bertahajud, solat hajat, solat taubat, solat witir dan lain-lain.
Inilah sebahagian sifat dan akhlak mulia yang sewajarnya menjadi pakaian kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan baik merupakan
 amalan dan sifat terpuji yang digalakkan dalam Islam.

Mutiara kata :
" Perpustakaan peribadi anda adalah kebun yang rendang dan taman yang penuh dengan bunga-bunga di sekitar rumah anda. Nikmatilah kebun dan taman itu bersama dengan para ulama', para bijaksana, para sasterawan dan para penyair."

"Pengetahuan, pengalaman dan wawasan jauh lebih baik daripada harta yang bertimbun kerana bergembira dengan harta benda adalah sifat binatang, sedangkan bergembira dengan ilmu pengetahuan adalah sifat manusia."

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget