Kisah Disebalik Rahsia

Marilah merenung sebentar,
Berhentilah berbicara tentang dunia,
Kerana akhirat menanti setia,
Sedianya akhirat mulanya tiada pengakhiran
Wujudnya dunia kerana ada akhir hayat nya
Beserta isinya yang telah ditetapkan aturannya

Insan berhukum bertanggakan syariat
Percaya pada enam perkara
Patuhi pada lima perkara
Hidup berakhlak mulia
Contohi RASULULLAH SAW insan mulia

Datangnya baginda menyempurnakan akhlak manusia
Akhlak yang indah dikalamkan dalam AL QURAN
Kitab kehidupan yang serba serbi sempurna
Merangkumi dunia akhirat serta diantaranya…
Yang tersedia untuk kita semua
Bila bila masa sahaja………

Perhatikanlah alam ini
Apakah yang kamu nampak??
Adakah kehijauan pepohon ataupun kebiruan lautan?
Ataupun putihnya awan yang mematuhi sunnatullah bergerak dijalannya?
Sedarlah wahai hati,
Hati kepada hati itu perlu dijagakan dari tidur…
Tidurnya hati melelapkan mata jasad
Untuk melihat jalan kebenaran yang sudah terbentang di hadapan
Pilihlah jalan itu wahai insan !!
Ah !! kenapa ku harus memilih jalan yang susah?
Jalan yang senang dan singkat amat mudah dilalui,
Lagipun ia mengembirakan jiwaku ini…’
Jawapan itu tidak terkeluar  di mulut jasad,
Tetapi menjerit di mulut hati,
Memaksa anggota tubuh mendengarnya
Lalu tiada pertimbangan akal yang tidak mahu menerima hakikat
Ditambah lagi dengan buta makrifat kepada NYA….
Itulah insan yang sudah lupa pada penciptaNYA…


Fitrah setiap kejadian akan mengheret kejadian tersebut untuk mempamerkan sesuatu yang dengannya kejadian itu dikenali

Hakikat tidak akan muncul jika syariat dan tarekat belum betul keadaannya ibarat huruf tidak akan tertulis jika pena tidak betul kedudukannya

Sesungguhnya ketakwaan dan keimanan adalah senjata utama untuk menghadapi hari hari mendatang dan bekalan di akhirat sana. Ingatlah dunia hanya pinjaman dan akhirat kekal nan abadi.

Dirimu adalah rahsia ALLAH,
ALLAH adalah rahsia dirimu,
rahsia ALLAH adalah rahsia dari rahsiamu,
Letaknya didalam hati kepada hati,
Iaitu RUHUL QUDDUS

20 sifat wajib 20 sifat mustahil dan 1 sifat harus bagi ALLAH
4 sifat wajib , 4 sifat mustahil dan 1 sifat harus bagi NABI DAN RASUL
AQO’IDUL IMAN dlm syahadah. Iktikad muslim sejati

Perjalanan ini hanya menguji
Kekuatan mencari asal diri
Asal diri yang telah dilupai
Dilupai oleh diri sendiri
DiciptaNYA insan untuk mengenalNYA
Maka kita adalah hakNYA
Ingalah yang kita akan kembali kepadaNYA
Tapi fikirkan
Bersediakah kita menghadapi akhir jasad yang tidak tahu bila tibanya??
Kita bersahabat,berkasih, bercinta, bertemu dan berpisah adalah keranaNYA semata mata……

Ikthiar tanpa doa didatangi kesesatan
Berdoa tanpa ikhtiar didatangi kebodohan

Ingatlah kamu kepadaNYA
Diwaktu ingat dan lupa,
Kerana lupamu kepadaNYA diwaktu lupa lebih bahaya dari lupa kepadaNYA diwaktu ingat kepadaNYA

Terimalah dunia ini sekadar sejengkal fikiran,
Berikan dunia demi ISLAM tanpa lintasan fikiran.

Alam ini lahirnya berupa tipuan,
Dan batinnya sebagai peringatan
Nafsu melihat lahirnya tipuan
Sedangkan mata hati memerhatikan peringatannya

Berkenalanlah kamu dengan ALLAH di dunia ini,
Supaya engkau dikenali ALLAH di Akhirat nanti...

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget