Renungan Bersama

"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh bisa ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia hidup. 
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati mu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia terlalu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu...

Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk menampalnya semula dan akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah dia seadanya, janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya, akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk mu. Mengenyangkan, berkhasiat mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan, Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakan nya dan kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangi mu, mengasihi mu. mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkan dengan yang lain. terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Renungkanlah hawa diciptakan dari rusuk adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan pemimpinnya dan bukan dari kaki nya untuk dijadikan hambanya, melainkan dari sisinya Untuk dijadikan tempat hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindunginya, dan dekat dengan hatinya untuk dicintainya..... 

Sesungguhnya tuhan telah menciptakan semua makhluk atau benda di dunia ini berpasangan... namun, mengapa Dia menciptakan hati hanya satu bagi setiap hambanya?? Ini kerana Dia meminta kita untuk mencari satu lagi hati dan menjadikan nya sepasang hati... renungkan.."
  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget