Tokoh al-Mu'tashim

Assalamualaikum


Abd al-Haq al-Isybili menceritakan bahawa al-Mu'tashim, seorang khalifah yang berjaya menakluki negeri Amuriyyah dengan pasukan seramai 90 ribu orang tentera.

"Sembilan puluh ribu,
Bagaikan singa yang sedang kelaparan,
Tubuh mereka,
Bagaikan tubuh tin dan anggur yang siap dimakan."

Sebahagian ahli sejarah : "Dia mampu mengukir namanya dengan tangannya sendiri di pisau belatinya yang diperbuat dari besi. Ini kerana dia dia dikenali sebagai seorang yang amat kuat."

Seorang ahli hadis menceritakan : Pada suatu harim aku bertemu al-Mu'tashim, lalu dia menghulurkan tangannya kepadaku seraya berkata : "Gigitlah tanganku ini." Aku pun segera menggigit tangannya. Demi Allah, gigitanku itu tidak berbekas sama sekali pada daging tangannya.

Namun demikian ketika maut datang menjemputnya, dia tidak dapat mengelak sedikitpun dan tidak ada ertinya kekuatannya yang luar biasa tersebut. Ketika itu, al-Mu'tashim berkata : "Apakah aku akan mati pada hari ini?" Orang-orang yang berada disekitarnya dengan hairan berkata : "Jika ajalmu telah datang, maka engkau tidak akan dapat menolak sedikitpun, sekalipun engkau masih dalam usia muda seperti ini."

Pada masa itu, dia baru berusia 40 tahun dan dia mengira bahawa kematian itu hanyalah akan datang kepadanya ketika dia telah berusia 70 tahun atau lebih.

Dalam keadaan sakaratul maut itu, al-Mu'tashim cuba turun dari katilnya lalu berkata : "Demi Allah, seandainya aku tahu bahawa aku akan mati pada hari ini, tidaklah aku akan melakukan perbuatan maksiat sebagaimana yang telah aku lakukan selama ini."

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget