Seorang Gadis Itu....

Assalamualaikum


Gadisku..sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, 
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok 
menghiasi taman-taman indah lantas menjadi 
perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum 
bunga, harum aromamu bias menarik perhatian 
sang kumbang untuuk mendekatimu. 
Namun..tidak semua bunga senang untuk didekati 
sang kumbang lantaran duri yang memagari 
dirinya umpama mawar, dari kejauhan sudah 
terhidu akan keharumannya serta kilauan Gad
warnanya yang memancar indah yang 
mengundang kekaguman terhadap sang 
kumbang..tetapi awas duri yang melingkari bisa 
membuatkan sang kumbang berfikir bebarapa kali 
untuk mendekatinya.

Gadisku, aku suka sekiranya kau seperti mawar 
inspirasi setiap mujahidah. Bentengilah dirimu 
dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa 
keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah 
swt... hiasilah wajahmu dengan titisan wudhu. 

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah 
ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak 
melihat kepadanya. 

Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga daripada 
sesuatu yang terdedah. Umpama sebutir mutiara 
yang didedahkan buat perhatian umum dengan 
permata yang diletakkan dalam sesuatu bekas 
yang tertutup..sudah pasti keinginan untuk melihat 
permata yang tersembunyi itu melebihi daripada 
yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan 
patuh pada Al- Khaliq dalam melayari liku-liku 
kehidupannya adalah harapan setiap insan yang 
bernama Adam. 

Namun..ianya memerlukan pengorbanan dan 
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah 
dengan nafsu serakah yang bersarang dalam 
dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau milki 
sudah pasti darah mudamu mencabar rasa 
keimanan yang ada.

Namun ingatlah gadisku..sesiapa yang inginkan 
kebaikan maka Allah akan mempermudahkan 
baginya jalan-jalan ke arah itu. Yang penting 
gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan 
istiqamah...

Gadisku, akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah 
kepada kebanyakan lelaki.
Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu,
maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.


Sesungguhnya Nabi ada mengatakan tentang 
bahaya dirimu 
Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih 
bermaharajalela selepas wafatku terhadap kau 
lelaki selain fitnah yang berpunca dari wanita

Oleh itu gadisku setiap langkah dan pakainmu 
hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan 
Sunnah, jangan biarkan orang lain 
mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan 
tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat 
martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau 
harapan ummah dalam melahirkan para mujahid 
dan mujahidah yang bakal menggoncangkan dunia 
dengan sentuhan lembut tanganmu.

Buat akhirnya..sesungguhnya ilmu itu cahaya dan 
ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang 
melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-
kata seorang sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai 
renungan bersama

cintakan manusia itu tidak mewujudkan 
kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan 
kerana ia tidak kekal. Cintakan seringkali 
membuatkan seseoang itu gagal, kecewa 
menderita dan tersiksa. Oleh itu tidak ada cinta 
pun yang dpat membuahkan kebahagiaan dan 
kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada 
Pencipta manusia itu sendiri

moga2 kita akan berusaha utk meningkatkan lagi 
kualiti diri kita sbg muslim. smg hari ini lebh baik 
dr semalam.


Ameen 

0 Comment:

  • description
  • .

Video Gallery


ShoutMix chat widget